BLUETOOTH
- Bluetooth merupakan satuteknologi wayarless untuk penukaran datapada jarak dekatdari alat mudah alih dan tetap.
- Bluetooth juga mencipta rangkaian kawasan persendirian (PAN) dengan tahap keselamatan yang tinggi.
SPAM
- Spam merupakan bentuk gangguan perhubungan dalam internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak diperlukan.
- Spam paling terkenal ialah spam e-mel.
- Beberapa jenis spam ialah :
I Spam e-mel
II Spam chat
III Spam forum
IV Spam SMS
WI-FI |
- Wi-Fi (atau Wi-fi, WiFi, Wifi, wifi) dianggap merupakan singkatan untuk Wireless Fidelity, tetapi sebenarnya ia dipilih mengikut pola "Hi-Fi".
- Ia merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (WLAN - Wireless Local Area Network).
- Produk yang berdaftar boleh menggunakan logo rasmi Wi-Fi yang juga bermakna produk tersebut boleh beroperasi dengan mana mana produk yang mempunyai logo yang sama
Blog
- Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi
- Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian.
- Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya
Phising
- Dalam pengkomputeran, phishing adalah satu cubaan bersifat jenayah serta penipuan untuk mendapatkan maklumat sensitif di dalam perhubungan elektronik seperti nama pengguna, kata laluan, dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai.
- Sebuah teknik phising telah diterangkan secara terperinci seawal tahun 1987, sementara rekod pengunaan istilah phising yang pertama telah dibuat pada 1996.
0 comments:
Post a Comment