BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Powered By Blogger

Tuesday 19 July 2011

Tugasan 3: Rangkaian Topologi

TOPOLOGI BINTANG


  1. Topologi bintang ialah semua kabel penyambung dari komputer masuk ke satu lokasi pusatdan semua akan disambungkan ke peranti iaitu hab.
  2. Topologi bintang boleh dikembangkan dan membentuk rangkaian yang dikenali sebagai "TOPOLOGI BINTANG HIBRID" iaitu sambungan beberapa hab.


Kelebihan
  • Mudah untuk menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian.
  • Mudah melakukan baik pulih di pusat bintang.
  • Jika satu komputer rosak, tidak menjejaskan rangkaian.
  • Boleh menggunakan beberapa jenis kabel dalam rangkaian yang sama, dengan hab yang boleh menerima jenis-jenis kabel yang berlainan.

Kelemahan

  • Jika hab rosak, rangkaian tidak berfungsi.
  • Memerlukan peranti untuk menukarkan trafik rangkaian.
  • Harga lebih tinggi kerana semua kabel perlu ditarik daripada pusat.


TOPOLOGI BAS


  1. Topologi bas juga dipanggil sebagai bas linear.
  2. Ia merupakan rangkaian komputer paling mudah.
  3. Ia mempunyai satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang, meyambungkan semua komputer ke dalam satu barisan.




Kelebihan
  • Mudah dilayari.
  • Sesuai untuk rangkaian sementara yang tidak memerlukan kelajuan tinggi (pemasangan segera).
  • Tidak mahal.
  • Lebih mudah kerana menggunakan satu kabel.
  • Kerosakan mudah dikesan

Kelemahan

  • Jika satu kabel rosak keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi kerana berlakunya lantunan isyarat di dalam rangkaian.
  • Panjang kabel dan bilangan komputer terhad
  • Menjadi perlahan jika banyak komputer disambungkan.

TOPOLOGI CINCIN



  1. Topologi cincin ialah topologi rangkaian komputer yang menyambungkan setiap nod dengan satu nod yang lain, membentuk satu laluan tunggal untuk penghantaran isyarat ke setiap nod.
  2. Rangkaian cincin menambah satu "kaunter cincin berputar" untuk membentuk satu rangkaian toplogi berlebihan.


Kelebihan
  • Rangkaian ini tidak memerlukan komputer pelayan.
  • Rangkaian boleh dibina lebih luas menggunakan gelang token.
Kelemahan
  • Jika satu komputer tidak berfungsi rangkaian rosak.
  • Sukar dibaik pulih jika rosak

0 comments: