BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Powered By Blogger

Friday 16 September 2011

Tugasan 5 : Jenis-Jenis Komputer






Komputer Mikro 
Komputer Mikro juga lebih dikenali sebagai 'Komputer  Peribadi', yang boleh diletakknan di atas meja pejabat. Ia mempunyai pelbagai jenis model yang boleh dikelaskan seperti berikut :
  1. Komputer Meja- Komputer biasa yang diletak di atas meja.
  2. Tower- Komputer yang mempunyai Sistem Unit menegak setinggi satu meter dan biasanya diletakkan di atas meja.
  3. Komputer Riba- Komputer bimbit yang boleh dibawa dari tempat ke tempat. Ia tidak berat dan kecil. (2kg-4kg)
  4. Notebook- Komputer bimbit yang lebih kecil (8.5inci x 11inci) dan ringan (1-3kg). boleh dibawa ke mana dengan mudah.
  5. Palmtop- Komputer bimbit kecil yang boleh diletakkan di atas tapak tangan, buku cek dan mesin kira. Mempunyai fungsi yang terhad seperti kamus, aktiviti perancang harian dan lain-lain.
  6. Pen Komputer- Komputer bersaiz notebook yang tidak mempunyai tetikus dan papan kekunci. Komputer ini menggunakan pen yang dipanggil stilus. Data akan dimasukkan ke dalam komputer dengan menulis di atas skrin dan tulisan tersebut akan ditermemahkan kepada teks bertaip oleh atur cara pengenal tulisan.





WorkStation 
WorkStation ialah mikrokomputer yang berprestasi tinggi yang digunakan untuk melakukan grafik dan animasi. WorkStation lebih laju daripada komputer peribadi.





Mini Komputer
Mini Komputer bersaiz sederhana besar dan mempunyai kebolehan yang sederhana. harganya pula rendah.









Main Frame
Bersaiz besar dan berkebolehan tinggi. Ia boleh mengendalikan berjuta-juta pengguna dalam pengiraan sesaat.









Super Komputer
Komputer bersaiz besar yang mempunyai keupayaan yang sama dengan Main Frame. Ia boleh mengendalikan berbilion pengiraan sesaat. Digunakan dalam proses pengiraan berat, seperti ramalan cuaca dan kaji cuaca.